Tuesday, April 27, 2010

Resipi Daging Black Paper..Nyum3x...=D

~Bahan-Bahan~

1)500gm daging(potong nipis dan dipotong melawan urat)

2)1 sudu lada hitam(ikut suka la kalau suka makan pedas tue..tambah la lagi)

3) 1biji lada benggala hijau.

4) 2 biji lada merah @cabai hidup(dipotong panjang)

5) 2 sudu(b) sos tiram

6)3 sudu(b) kicap manis(shima suka kicap kipas udang)

7)sedikit air (secawan pon dah ok)

8)Tepung jagung(option)

~Cara-Cara Membuat~

1)Panaskan minyak(Bukak api kuat)

2)Gorengkan daging dan kacau selama 3-4 minit sahaja

3)Angkat daging yang digoreng tadi dan buang minyak tgal 3 sudu camtue

4)Masukkan lada hitam sampai terbit bau

5)Masukkan lada merah@cabai hidup

6)Masukkan kicap manis,sos tiram

7)Masukkan garam dan gula(agak2)

8)Masukkan daging yang digoreng tadi dan kacau hingga sebati

9)Masukkan air(tunggu sampai mendidih)

10)Masukkan lada benggala hijau dan bancuhan air tepung jagung (kalau suka)

*tepung jagung ni untuk memekatkan kuah n nak bg nampak menyelerakan..nyumm..nyumm)*

11)Tara...dah siap..hehe mudah kan..




0 comments:

Post a Comment